”Perkara paling asas menjayakan wawasan 2020 adalah setiap daripada kita melakukan tugas dan tanggungjawab yang baik dan kita lakukannya dengan cara yang terbaik”
Buku ini ditulis kepada tiga golongan utama:
1) Golongan yang memimpin
Pemimpin politik
Politik adalah instrumen terbaik bagi merubah negara, bangsa dan masyarakat. Ahli politik memperjuangkan sesuatu bagi menjadikan sesuatu lebih baik. Mereka bertugas untuk khalayak massa. Baik dalam sejarah negara kita mahupun mana-mana negara di dunia yang membangun atau terheret dalam kancah peperangan, ahli politik memainkan peranan yang berskala besar dari segi kesan yang dihasilkan. Membangunkan pemimpin politik yang berwawasan adalah kemestian bagi membantu mencapai wawasan. Merekalah yang menentukan samada rupa bentuk dan karektor negara kita 20 tahun akan datang.
Pemimpin Kerajaan
Ia merangkumi pemimpin di sektor kerajaan dan agensi di bawahnya. Mereka bertanggungjawab secara langsung dalam menjayakan wawasan 2020. Tugas mereka adalah melaksanakan dasar-dasar yang telah diperincikan. [cari fakta]. Dengan mengaplikasikan kepimpinan berwawasan dalam organisasi mereka bermakna [ ]...
Pemimpin Sosial/Bukan Kerajaan
Golongan pemimpin ini memberikan impak besar kepada pembangunan negara yang cemerlang dalam konteks keseimbangan antara memberikan kelonggaran globalisasi berfungsi dengan kesamarataan sosial di nikmati oleh golongan tertentu yang mana mereka perjuangkan melalui organisasi sosial mereka.
Pemimpin Korporat/Keusahawanan
Kemakmuran ekonomi adalah tunjang kepada kestabilan negara selama ini. Membangunkan pemimpin dalam bidang korporat dan keusahawanan berwawasan adalah kemestian bagi memastikan organisasi pimpinan mereka berkembang ke hadapan dan mampu bersaing dalam suasana persaingan global. (Issue Corporate Governance). Pemimpin korporat menguruskan kekayaan negara dan orang ramai dalam jumlah yang besar. Ia adalah simbol pendapatan kekayaan Malaysia secara umum. Maka pemimpin korporat semestinya memastikan ia diurus dengan baik dan cermat. Buku ini....
Pemimpin Sektor Pendidikan
Pemimpin dalam golongan ini mempunyai peranan kritikal dan mendesak dalam konteks wawasan 2020. Peranan mereka tidak perlu dibincangkan lagi (fakta) Mereka terdiri daripada guru besar, pengetua, guru-guru di peringkat sekolah, penggubal dasar di Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi, pensyarah dan pentadbir di universiti-universiti dan institusi yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan pendidikan negara. Pemimpin dalam sektor ini bertanggungjawab melahirkan generasi masa hadapan yang mempunyai daya tahan dengan cabaran dan akhlak yang mulia.
Pemimpin Agama
(Saya meletakkan pemimpin agama di kedudukan ini berdasarkan struktur sosial masyarakat kita). Mereka terdiri daripada dua golongan yang kompleks. Pertama, pemimpin dalam bidang pentadbiran agama. Mereka terlibat secara langsung dalam pelaksanaan dasar dan amalan agama di Malaysia. Kedua, pemimpin agama yang berdakwah secara bebas melalui pengajian dan kuliah di seluruh Malaysia. Mereka bukan sekadar dianggap sebagai guru agama, tetapi memiliki signifikan yang lebih besar sebagai pemimpin tempatan yang holistik. (fakta)
2) Golongan yang dipimpin
Warganegara Malaysia
Warganegara Malaysia di sini terdiri daripada mereka yang secara langsung atau tidak langsung terkesan dengan dasar-dasar, keputusan dan amalan kepimpinan seseorang pemimpin. Mereka adalah pengundi dan mereka berhak memilih pemimpin yang mana mereka fikirkan (secara logikal berdasarkan KPI Kepimpinan Berwawasan(c) ) mampu menjadi pemimpin yang berjuang dan berkorban untuk mereka, bukan untuk perniagaan, urusan keluarga dan sebagainya**. Comment on Datuk Said
Pekerja-pekerja
Mereka terdiri daripada individu-individu yang melihat sendiri kualiti pemimpin mereka. Mereka sendiri adakalanya menjadi ’mangsa’ kepada kelemahan seseorang pemimpin. Bahkan mungkin kemudian hari, mereka akan menjadi pemimpin. Maka buku ini adalah panduan bagaimana mereka perlu menilaijj
Ahli organisasi
Seperti juga pengundi, ahli organisasi yang berhak memilih pemimpin mereka di bawah pelembangaan organisasi boleh berfungsi dalam menjayakan wawasan 2020. Mundur atau maju organisasi mereka 10 tahun akan datang banyak bergantung kepada pemimpin yang mereka pilih dan mereka ada hak untuk memilih pemimpin yang berwawasan bukan sekadar yang mereka suka.
3) Golongan muda belia (pemimpin masa hadapan)
Golongan ini adalah kumpulan populasi yang paling penting. Mereka bakal menerajui kepimpinan negara. Mereka berada dipelbagai sektor [ ]. Penulis sendiri berada dalam golongan ini. Buku ini memnyentuh dua perspektif kepimpinan wawasan yang mana berkaitan dengan golongan belia. Pertama, pemimpin belia perlu membangunkan kepimpinan berwawasan kerana mereka bakal menerajui negara dalam sektor mereka pada masa hadapan. Kedua, Sebagai penerajui masa hadapan, golongan ini berhak untuk menganalisa kepimpinan hari ini sejauh mana mereka bakal meninggalkan satu negara, organisasi dan masyarakat yang cemerlang menjelang tahun 2020.
BAGAIMANA HENDAK MENDEKATI BUKU INI?
Buku ini dirangka daripada soalan-soalan mengenai masa hadapan Malaysia dan wawasan 2020. Soalan-soalan ini ditanyakan oleh pelbagai lapisan masyarakat yang peka kepada masa diri mereka, keluarga, anak-anak dan negara dalam pelbagai sudut kehidupan.
Antaranya:
· Adakah wawasan 2020 itu berjaya tanpa pemimpin-pemimpin berwawasan?
· Apakah makna wawasan 2020 pada anda?
· Adakah wawasan 2020 tertanam dan meresap ke dalam diri anda sebagai misi negara yang mana anda bertanggungjawab secara langsung?
· Jika anda tidak terlibat secara langsung dalam mencapai wawasan 2020, bagaimana ia (wawasan 2020) boleh menjadi motivasi pembaikan diri?
· Adakah wawasan 2020 sekadar mencapai kemakmuran ekonomi sahaja?
· Adakah kita memerlukan pemimpin berwawasan?
· Adakah wujud gaya pemimpin berwawasan yang berbeza-beza?
· Adakah kepimpinan berwawasan satu jenis kematangan atau sekadar satu gaya kepimpinan?
· Adakah wujud perbezaan prestasi organisasi yang dipimpin oleh pemimpin berwawasan dan tidak berwawasan?
· Apakah kesan buruk organisasi yang dipimpin oleh pemimpin tidak berwawasan?
· Apakah kualiti seorang pemimpin berwawasan (dalam konteks Malaysia)?
· Adakah organisasi pimpin anda mempunyai wawasan?
· Adakah wujud satu standard proses pembinaan/pembugaran wawasan organisasi?
· Berikan kami himpunan kajian kes dan jadual perbandingan mengenai analisas pembinaan wawasan?
· Adakah buku ini akan menberikan semua jawapan dan merubah segala-galanya?
Justeru itu, buku ini bakal menjawab soalan-soalan di atas, (Do we have research method?)
Buku ini ditulis atas dua penyataan yang paling utama:
Wawasan adalah komponen utama dalam senarai panjang kualiti seseorang individu. Kualiti inilah yang membezakan siapakah dia dan organisasinya 10 tahun(..) daripada sekarang. Dalam konteks organisasi, pemimpin berwawasan menjadi asset yang membezakan samada organisasi pimpinannya berada 10 atau 20 daripada sekarang. Pemimpin berwawasan adalah intan permata hari ini!
(kita ada wawasan 2020, tetapi kita tidak ada kualiti pemimpin berwawasan, maka apa yang akan terjadi?) Dalam usaha mencapai wawasan 2020, negara memerlukan beribu-ribu pemimpin yang meletakkan wawasan dan masa hadapan organisasi di senarai paling utama daripada apa-apapun komponen-komponen pentadbirannya. Secara langsung atau tidak, mereka membantu menjayakan sasaran wawasan 2020.
Dalam bentuk soalan anda perlu menjawab tiga soalan berikut;
Ke manakah anda ingin membawa organisasi anda 10-30 tahun akan datang?
Adakah keputusan dan tindakan anda sebagai pemimpin dibuat berdasarkan semangat mencapai wawasan organisasi?
Bagaimanakah wawasan organisasi anda mampu membantu mencapai wawasan 2020?
KAJIAN-KAJIAN KES
Buku menggunakan kajian kes yang pelbagai bagi menerangkan secara terperinci prinsip dan kualiti kepimpinan berwawasan. Terdapat beberapa jenis kajian kes yang berbeza-beza iaitu;
Kajian kes Penyataan Bermisi dan Berwawasan (mission & vision statement)
Kajian kes sektor swasta (merangkumi syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia dan syarikat pemilikan persendirian)
Kajian kes sektor awam (merangkumi jabatan kerajaan dan bukan kerajaan, persatuan, pusat pengajian tinggi dan agensi kerajaan)
Kajian kes syarikat antarabangsa (Multinational Corporations) di dalam senarai majalah Fortune 500.
Kajian kes pemimpin berwawasan yang menjadi sampel kajian.
KERANGKA BUKU INI
Buku ini dibahagikan kepada [ ] bab. Bermula dengan Bahagian Pendahuluan yang membincangkan elemen wawasan dalam gaya kepimpinan. Ia juga menjelaskan kepentingan kepimpinan berwawasan dalam mencapai wawasan peribadi dan wawasan negara. Dalam konteks Malaysia, saya meneroka definisi wawasan 2020 lebih daripada sekadar kayu ukur kemakmuran ekonomi tetapi mencakupi pencapaian yang membawa makna ke dalam diri individu bahawa mereka membantu dalam menjayakan wawasan 2020 itu dengan cara mereka sendiri.
Bab Kuasa Wawasan menjelaskan dalam konteks individu mahupun organisasi. Dengan menggunakan kajian kes dari seluruh dunia, bab ini membuktikan bahawa membangunkan wawasan sebagai pemimpin adalah permulaan mind setting exercise dalam membangunkan kepimpinan berwawasan.
Bab Evolusi Kepimpinan menjelaskan bahawa kepimpinan wawasan adalah satu proses evolusi pengalaman seseorang pemimpin. Ia bukan satu idea baru dan terasing bahkan setiap pemimpin melalui proses kematangan dalam menjalani pengalamannya sebagai pemimpin dan kepimpinan berwawasan adalah kemuncak kepada kecemerlangan amalan kepimpinan. Kejayaan wawasan 2020 adalah bilamana pemimpin segenap lapisan masyarakat dan peringkat industri percaya dan melaksanakan kepimpinan berwawasan sebagai satu kemestian dan bukannya pilihan.
Bab Pemimpin tanpa wawasan membongkar realiti yang jelek, menyedihkan dan mengecewakan bagaimana organisasi (daripada persatuan pelajar hingga sebuah negara) dipimpin oleh pemimpin tanpa wawasan. Paling teruk adalah kepentingan dirinya sendiri! Bab ini juga membandingkan beberapa fakta sejarah yang mungkin tidak berlaku jika organisasi tersebut dipimpin oleh pemimpin berwawasan seperti Perpisahan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965, letupan Gunung Berapi di Colombia, kelewatan Palaroid berpindah kepada produk kemera digital. Kejayaan Sony mencebur diri ke dalam industri kamera digital yang sebelum ini dikuasai oleh jenama seperti Palariod, Nikon dan lain-lain. Kegagalan Sony menjangka kematian zaman Walkman kepada pemain MP3 iPod keluaran Apple. Kehancuran Somalia selepas merdeka sehingga terjerumus ke kancah perang saudara. Bab ini menceritakan secara jelas dalam bentuk kronologi kejatuhan Enron dalam tempohmasa 1 tahun daripada antara gergasi korporat terbesar Amerika kepada ‘sampah’ yang hanya bernilai US 3* (Nilai saham Enron pada hari terakhir didagangkan di Bursa Saham New York sebelum dibeli oleh Deron yang sebelum ini adalah syarikat yang bermodal 50 kali ganda lebih kecil daripada gergasi Enron)
Bab Proses Pembinaan Wawasan membincangkan langkah-langkah pemimpin membina wawasan organisasi. Bermula dengan penilaian kepimpinan berwawasan© bagi menilai prestasi tingkahlaku seseorang pemimpin terhadap amalan organisasi yang berkaitan dengan masa hadapan organisasi. Proses mengharmonikan nilai, misi dan wawasan organisasi diperjelaskan menggunakan kajian kes lebih 60 organisasi pelbagai industri.
Bahagian Tabiat Pemimpin Berwawasan merangkumkan kualiti peribadi pemimpin berwawasan yang diperolehi daripada kajian kes pemimpin-pemimpin pelbagai organisasi di seluruh dunia. Kualiti-kualiti peribadi seperti keupayaan ….
Bab Kematian Pemimpin Selebriti secara terbuka dan kritis menjelaskan bahawa wawasan 2020 memerlukan pemimpin yang benar-benar melaksanakan wawasan organisasinya tanpa sebarang niat untuk menjadi selebriti. Pemimpin berwawasan akan secara abadinya ‘diraikan’ dengan rekod kepimpinan yang secara jangka panjang memberi ruang kepada organisasi bekas pimpinannya berkembang selepas berpuluh tahun dia menjadi pemimpin. Ia adalah cara paling mulia bagaimana pemimpin patut diraikan. Bab ini juga menerangkan fenomena pemimpin selebriti membawa keuntungan kepada pemimpin itu sendiri dan kerugian besar kepada organisasi selepas meninggalkannya. Kajian kes yang dipetik adalah seperti Tajudin Ramli di MAS dan Celcom, ….
Wawasan melangkaui kehidupan [ ]
Bab Menyampaikan Wawasan menjelaskan kepentingannya pemimpin menyampaikan rancangan masa hadapan. Ia lebih penting daripada merancang wawasan itu sendiri. Kemahiran menyampaikan wawasan adalah gabungan antara seni pengucapan awam, pengurusan persepsi, penjenamaan dan strategi jangka panjang. Perkara-perkara yang dibincangkan seperti keamatan konsep dan idea, perincian strategi dan perancangan, kemahiran retorik, penyesuaian dengan nilai organisasi dan simbol dan kesan khas.
Bab Perlaksanaan : Membina sistem yang berfungsi sendiri membincangkan wawasan organisasi yang hebat bergantung kepada pelaksanaan yang lebih hebat. Kuasa wawasan bertunjangkan kepada kuasa pelaksanaan. Banyak wawasan organisasi mahupun peribadi yang hanya terkubur di atas kertas kerja atau diari peribadi tanpa sebarang tindakan. Lebih sedih adalah wawasan dan perancangan strategik dibincangkan dalam program retreat namun ‘gagal dengan jaya’. Disiplin pelaksanaan wawasan adalah jantung kepada keseluruhan kepimpinan berwawasan itu sendiri dan menajadikan DNA setiap individu dalam organisasi disampelkan dengan DNA wawasan!
Bab Kajian Masa Hadapan menerangkan kajian masa hadapan sebagai komponen menjangka kemungkinan-kemungkinan 30 tahun akan datang supaya organisasi memiliki hak untuk memilih satu kemungkinan yang terbaik dan paling berfaedah dengan usaha mencipta kemungkinan itu menjadi kenyataan. Bab ini menjelaskan fungsi dan kepentingan kajian masa hadapan kepada kejayaan wawasan 2020 dan survival Negara kita. Kemudian bab ini memperincikan komponen kajian masa hadapan beserta dengan kajian kes Shell Corporation, Kementerian Perumahan Kerajaan Belanda, Kerajaan Singapura dan ….
Di bahagian terakhir, disertakan dengan 3 appendiks contoh proses pembinaan kepimpinan berwawasan. Ia merangkumi proses membina wawasan organisasi Creating the Future, contoh kursus dan program latihan Kepimpinan Berwawasan dan Ujian Kepimpinan Berwawasan. Ia adalah cara paling mudah untuk menilai kedudukan pembaca dengan kecenderungan miliki cir-ciri pemimpin berwawasan.
