
Kepimpinan Berwawasan adalah satu karya yang mewakili suara generasi penulisnya dalam melihat secara kritikal dan pragmatik isu terpenting dalam usaha Malaysia mencapai wawasan 2020 iaitu kualiti pemimpin!!!
Penulis berhujah golongan paling penting dalam menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara maju adalah pemimpin-pemimpin. Sama penting dengan pembangunan golongan remaja dan pemuda. Dengan memberikan lebih 70 kajian kes daripada pelbagai organisasi, beliau menunjukkan kepada pembaca kepentingan membangunkan pemimpin masa hadapan yang berwawasan, lebih penting daripada rancangan pembangunan jangka panjang Malaysia.
Dengan penulisan yang kritikal dan menerjah pemikiran pembaca, beliau membuktikan berdasarkan lipatan sejarah beberapa organisasi yang hari ini amat berjaya disebabkan pemimpin terdahulu telah melabur terhadap masa hadapan organisasi pimpinannya. Dengan memetik wawasan beberapa tokoh membangunkan Kolej Islam Malaya (kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah), wawasan DEB Tun Abdul Razak dan paling utama Wawasan 2020 yang digagaskan oleh Dr. Mahathir, penulis secara nyata meletakkan hasil penulisannya pada nada yang agresif terhadap sikap dan perspektif dalam membantu mencapai wawasan 2020 dengan caranya sendiri, kuasa pena!
Beliau juga membincangkan secara mendalam cara membangunkan proses penghayatan wawasan sebagai peringkat evolusi kematangan tertinggi yang perlu dicapai oleh sesebuah organisasi. Selebihnya adalah langkah-langkah susulan dalam menggerakkan gagasan besar itu.
Buku ini adalah pilihan utama pemimpin-pemimpin atau bakal pemimpin yang secara langsung atau tidak langsung bertanggungjawab dalam merealisasikan wawasan organisasi mereka dan juga wawasan 2020.
Ahmad Naim Jaafar, adalah pengasas Center for Leadership Development yang menjadi peneraju dalam mempromosi pendidikan kepimpinan melalui persidangan, kursus, seminar dan pemberian anugerah. Melalui leadershipnetworks.com beliau berjaya mengumpulkan lebih 4000 pemimpin-pemimpin daripada pelbagai sektor melalui jaringan kerjasama, pengalaman dan perkongsian idea. Beliau telah menghasilkan 8 buah buku yang merangkumi tajuk kepimpinan, pengurusan idea dan kecantikan sosial.
No comments:
Post a Comment